Saturday, March 26, 2016

Catatan Pertama 2016 - 26/03/2016

Assalamualaikum...

Kira-kira campur tolak tambah, lebih kurang sembilan bulan aku tak update cerita kat sini. Hampir setahun juga aku berkerja di syarikat Jepun ni. So far, surrounding Ok! Management Ok! Kawan-kawan Ok! Tapi ada jugaklah yang tak berapa nak Ok. Dah lali. Just ignore and go on with our life. Niat hati ada jugak nak cabut dari sini tapi takde masa nak searching new job. Kerja, tidoq, makan, tidoq, spent time dengan family, hongout with my bestie then kerja lagi. Kesimpulannya kerja sampai takde masa nak berbloging. Maybe memang aku seronok kerja di sini. Aku ada jugak survey IPTS nak futher study dalam ACCA. Pelaburan mau tinggi. Hopefully dipermudahkan. Kalau bukan tahun ni, InshaAllah tahun depan. Doakan aku ya kawan-kawan.

Aku rasa pelan-pelan aku dapat apa yang aku nak. Alhamdulillah, syukur. Aku pernah coretkan di sini, aku terlalu ingin melawat pulau yang ada di Malaysia. Aku ingin mencabar suatu yang di luar kemampuan aku. Percaya atau tidak, tahun ini sahaja aku sudah ada dua perancangan melawat pulau. Aku sudah melawat Pulau Pangkor, ditaja penuh oleh syarikat Jepun yang aku kerja ni. Habuan jadi comittee seumur hidup. Aku tak pandai berenang. Bila pergi Pulau Pangkor ni, walaupun lemas dengan jacket life, kiranya berjaya jugaklah aku mengapungkan diri atas air. Syabas Afifa! :) 

Lagi, aku dah merancang Marathon tournament sepanjang tahun 2016. Hampir sepuluh tournament dan mudahan aku dapat pergi semuanya. Aku rasa yang paling susah nak dicapai KURUS sahaja. Semangat ni kejap On Off. Aku nak capai 65 kg hujung bulan Mei ni. Harapnya kali ni aku berjaya.

Cukuplah kot. Sebab dah lama tak mengarang cerita, dah lupa cara nak bermadah. Nanti aku cerita lagi di lain entry. Mohonnya, hidup aku bukan untuk kerja selamanya. Hahahaha. Gelak kat diri sendiri.

Sunday, June 21, 2015

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum...

Hampir tiga bulan aku menyepi. Wah, sudah Ramadhan rupanya. Selamat berpuasa dan kumpul pahala banyak-banyak. Sekarang usiaku sudah menjangkau 23 tahun. Makin hari makin tua. Nak pulak dah masuk 20++ nih. Bukan main laju angka kot belakang tu bertambah. Banyak lagi impian yang perlu digapai. Banyak lagi cita-cita yang masih bertatih.

Itu berkenaan umur dan cita-cita. Masih tinggi di awangan walhal umur makin tua. Huh. Berusaha apipa! Puasa pula. Untuk pertama kalinya menyambut Ramadhan tanpa insan yang dikasihi. Ayah! Hati ini merintih sedih. Masih teringat ayah mengejutkan kami adik-beradik untuk bangun sahur. Bila tibanya puasa, ayah insan yang paling gembira bersedia untuk meraikannya. Ayah yang akan riuh mengajak adik untuk ke bazar. Sampai bergaduh...berebut hendak mengikut. Hari ini, tiada lagi lelaki itu. Insan yang aku gelar ayah.

Dia! Dia yang selalu buat hati ini bercelaru. Datang memberi seribu harapan. Hari ini, pergi lagi. Membawa rajuk entah ke mana. Sulit hati ini memendam. Kepada ibu aku bercerita. Hei. Saya tahu awak baca. Maaf yang mampu dipinta. Kalau ada jodoh antara kita...maafkanlah saya. Heee...

"Selamat Ulangtahun Kelahiran Afifa" 

"Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak"


Wednesday, March 18, 2015

SESAL

Assalamualaikum...

Hari ini, setelah aku cuba mengelak untuk dua bulan lamanya. Rupanya, hati ini masih merindui dia. Kasihnya datang menyapa membuatkan urat nadi ini bergetar sesal. Air mata mengalir tanpa dipaksa. Sendu itu aku pendam di dada. Sudah jauh aku mebawa diri, sehingga aku terlupa.Tabahlah wahai hati. Mereka bukanlah yang terbaik untuk kamu. Bertahanlah sehingga bertemu yang selayaknya. Azam ini aku sisip rapi biar cerita lalu tidak berulang kembali.

Wednesday, March 11, 2015

Cerita 11 hb


Hari ni, kehilangan masih terasa. Masih terkesan di hati dalam perginya dia tanpa berkalih memberitahu. Biarpun bibir mengiyakan, biarpun lagaknya sombong, hati ini perit menahan rasa. Perjalanan kali ini terlalu sukar. Banyak hati yang dilukai. Hati sendiri membenarkan walaupun kewarasan berfikir menidakkan. Lebih banyak rugi dari untungnya, namun hati masih mahu mencuba. Luka lama dahulu seolah berulang kembali. Kali ini bertambah pula, seolah disiram cuka. 

Eh, apa aku mengarut ni. Meroyan pulak aku tengah hari buta ni.
Sambung kerja.
K, bai.


Monday, March 2, 2015

Catatan 2 Mac 2015

Assalamualaikum...

Hari ni, hati rasa resah. Aku perlukan masa untuk semua ni. Banyak sangat hati yang dilukai. Banyak pula yang mahu berkongsi. Penat betul. Ah, tinggalkan semua ni untuk sementara. Masih banyak yang perlu dikejar. Masih banyak hati yang perlu dijaga, terutama hatinya dia. Berubah? Mungkin itu yang terbaik. Aku masih lagi berusaha. Tabah Afifa.

Thursday, February 26, 2015

TAK DAK TAJUK

Assalamualaikum.

Hai 2015. Dua bulan berlalu tanpa sebarang berita. Nak taip apa ye. Semenjak install handy diary kat henpong, dah malas nak menaip cerita kat sini. Handy diary pon seminggu je ber'update'. Lepas tu sepi. Oh ya, diet Ifa berlalu begitu sahaja. Semangat datang dan pergi bersilih ganti. Semangat, Ifa buat. Hilang semangat, stop sat. Jadi yoyo sat. Lastly statik. Peehh..

Malas nak menaip la pulak. Nak sambung buat kerja. Niat nak rehat lima minit je. Dah cukup. Bai. Rajin nanti, hari-hari Ifa kongsi cerita. 

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Datang 2015

Assalamualaikum...

Wah, dah 365 hari berlalu untuk tahun ni. Umur pun makin menjangkau tinggi. Makin bertambah usia makin dekat dengan kematian. Agak lama jugak mengambil masa untuk publish entry baru kat sini. Hari-hari makin sibuk. Makin sibuk dengan dunia. Terkadang ada juga hari yang makin menggoyahkan. Hampir terperosok kembali ke cerita lama. Keep fighting Nur Afifa.

Hari ini, 'aku' sebagai bahasa diri. Tahun ini, banyak betul cabarannya, Banyak kisah sedih dan gembira. Tak payah nak cerita secara detail. Random sahaja. Awal tahun yang bermula dengan baik. Pertengahan tahun yang mencabar. Melihat wajah sebenar di sebalik topeng mereka. Makin meragui kasih dalam bersahabat. Biarkan diri merasa luka, hingga aku melihat siapa yang sudi menjadi duri dalam persahabatan. Aku biar ia terungkai, hingga terpalit kembali tahi pada mereka. Tapi, masih ada yang menyalak menggembur cerita yang di mana kesahihanya.

Suku tahun terakhir, hari-hari terakhir aku merasa kasih sayang seorang ayah. Pertama kali, ayah membenarkan keputusanku. Kata-katanya penuh dengan pesanan. Biarpun aku kuat membentak. Masih ada pesanan di akhir pengucapannya. Aku sendiri pelik dengan diri yang berusaha kuat untuk memenuhi kemahuan dia. Rupanya itu baktiku yang terakhir untuk ayah biarpun bukan di akhir penafasannya. Andai mereka tahu, ada hati yang sedang bergolak di saat ayah mahu pergi. Mereka melihat senyum dan tawaku. Yang dipamerkan hanyalah kecekalan hati. Mereka tidak mendengar esakan kecilku. Mereka tidak lihat linangan air di mataku. Walhal mereka tidak tahu hati ini merintih sedih. Pergilah ayah. Bawalah ketenangan bersamamu. Hanya doa yang aku kirim buatmu.

Penghujung tahun, permulaan hidup yang baru. Terasa ada beban yang menyinggah. Aku terlupa itu adalah amanah. Bersabarlah duhai hati. Bertabahlah wahai diri. Berusahalah kamu membahagiakan mereka. Ada ganjaran pada setiapnya. Penghujung tahun juga ada cerita gembira. Bersabarlah Afifa. Ada hikmah di sebaliknya.

Akhir cerita, Selamat tinggal 2014. Simpanlah memori ini bersamamu. Akanku jeguk melihatmu. Ada sinar di balik cerita dukaku. Ada keinsafan yang menjengah di setiap kelalainku. Selamat datang 2015. Selamat datang hari tuaku. Selamat datang cabaran baru.  Aku tanam tekad yang baru untuk terus membahagiakan ibu. Aku mahu mereka merasa senang hadirnya aku. Aku mahu dia tahu bersungguhnya aku. Aku mahu tahun 2015 ada satu perubahan yang baik. Biar aku menjejak fasa baru. Aku sendiri jemu di takuk lama. Aku mahu perubahan yang memanfaatkan kehidupan duniaku, kesejahteraan di akhirat sana. Doakan aku.

(gambar last untuk blog ni-tahun 2014)


p/s : Sorry, baru-baru ni aku private kejap blog 'ceriteranurifa'. Ramai pulak yang stalk walaupun tak follow. Keep reading.. ^___^

Tuesday, December 9, 2014

9th DAY

Assalamualaikum...

Hari ni, agak sore Ifa berkongsi cerita. Pagi tadi timbang turun 1.5 kg. ^__^ Big clap for me. Seronok sat. Banyak lagi nak kena turunkan untuk capai target. Hari ni, gila malas buat kerja. Online satu hari. Kalau tidoq macam melampau la pulak. Jadi bersengkang mata, sampai tiba-tiba ada mood nak menaip cerita pendek kat sini.

Hari ni jugak, tiba-tiba nak share gambar makanan yang Ifa makan untuk hari ni. For breakfast and lunch. 

Egg Muffin + Prawn + Veggie
(Breakfast)

Fried chicken + Egg scramble + Cabbage
(Lunch)
Ok, tiba-tiba otak jammed nak taip apa. Hari ni, semuanya tiba-tiba. Oh ya, one more thing. Tiba-tiba, dinner rasa nak makan kepsi. Anyone, nak join? I  nak makan ayam kepsi je. Coleslaw dengan whipped potato I tak makan. Tak halal DA la pulok. Hikhikhik. 

Thanks for reading. 

Bye.

p/s : Hari ni, tiba-tiba rindu dengan ayah.

Monday, December 8, 2014

8th DAY

Assalamualaikum...

Dah masuk hari ke lapan. Pagi tadi tak sempat nak timbang. Eh, bukan tak sempat. Tapi, memang tak nak timbang. Rasa macam berat naik sekilo je. Haha. Habuan cheat hari sabtu. Kenduri punya pasal. Sapa suruh tuan rumah catu lauk plus hidangkan laksa my favourite. Ok, sendiri nak cheat, salahkan orang lain. Huduh punya perangai.

Hari ni, paksa diri reinduction. Btw, Ifa dah tak lalu nak telan telur dengan ayam. Kalau makan dengan nasi, lalu je. Tengok telur. Alahai telur. "Boring, aku tengok hang!" Minggu lepas, sarapan wajib makan dua biji telur. Start minggu ni, dah tak mampu. Sebiji sudah. Janji kenyang sebelum tengahari.

Perkara yang menjadi rutin sekarang, pagi-pagi Ifa bangun awal nak masak. Ini buang tebiat namanya. Buat DA ni, memang kena masak sendiri kalau nak clean DA. Lagipun dah lama Ifa tak memasak. Semenjak balik rumah stay dengan family, tak pernah masak melainkan masak megi dengan jerang air. Nak masak nasi pun gaduh dengan adik, sebab Ifa memang tak nak masak. Sanggup tak makan, asalkan bukan Ifa yang masak. Malas bebenor anak dara ni. Salahkan ibu pula. Sapa suruh jadi suri rumah sepenuh masa dan pandai masak. Ingat anak dara ni nak masak kalau ibu kesayangan ada. (^,^)

So, berterima kasihlah kepada beliau. Sekarang, setiap pagi lepas memasak, Ifa dengan rela hati mencuci semua pinggan mangkuk dan periuk belanga semalam punya hasil tinggalan adik-adik yang malas cuci pinggan. Berkuranglah sedikit beban ibu. Ok, kurang pahala sebab heboh kat orang. Dahulu kalau pergi hypermarket shopping barang dapur untuk ibu je, sekarang dah double shopping. Beli barang dapur untuk kegunaan sendiri. Hari-hari I bawa bekal tau. 

Itu je nak share. Thanks, for reading.

Bye.

Friday, December 5, 2014

5th DAY

Assalamualaikum...

Hari-hari timbang macam kerek je kan. Btw, ini adalah rutin bagi mengelakkan berat naik kembali. Nanti makin lambat nak capai target + tuntut janji. Kalau berat tak turun, means statik lagi ok dari bertambah kembali. So, hari ini, berat Ifa turun 1kg. Seronok balik sebab semalam statik. ^__^

Hari ni, rajin sikit menaip. Ifa nak kongsi sikit pasal 'BMI range'. Kenapa? Berat badan manusia mestilah seimbang dengan ketinggiannya. Contohnya, tinggi Ifa 160cm, berat normal untuk manusia yang tingginya 160cm adalah dalam lingkungan 47 kg hingga 64kg. Untuk lagi detail, ni hah, Ifa dah tampal siap kat korang. Untuk diri sendiri jugak. Hihihi.

sumber : google

BMI table in height(cm) and weight(kg)
sumber : google
* klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Nak kira BMI kita normal ke tidak macam ni je:

Formula :
Weight (kg) / Height (m2)
Contoh :
58kg / (1.6m x1.6m) 
= 58kg / 2.56m
= 22.66 (kg/m2)

Then refer lah chart kat atas tu, Macam contoh tadi BMI yang Ifa kira 22.66, berada dalam lingkungan healthy weight. Maknanya berat normal lah tu. Faham? Kalau malas nak kira, klik je link ni. 

Ok, itu je nak kongsi. Lagipun dah cakap, rajin sikit je nak menaip. Ifa nak sambung buat kerja.

Bye.


Thursday, December 4, 2014

4th DAY

Assalamualaikum...

Kejap je dah masuk hari keempat. Ada lagi 27 hari nak cukup sebulan. Nanti kita tengok berapa banyak dapat turun. Konsisten ke tidak 'follow rule'. Walhal tak lah 'follow' sangat. Petang kelmarin pun dah bedal Yong Tau Fu kat Tesco. Kawan Ifa makan ais krim sedap kemain. Makan pun tak jemput. Btw, dia makan banyak mana pun tak naik. Duk keding macam tu ja. Berat pun 36kg. Sangatlah underweight untuk orang yang tingginya 160cm. "Aron, seronok aku kutuk hang nih !" Ini je pun nak kongsi. Oh, lupa 'something'. Pagi tadi timbang, Statik. (-_-)

K, bai.

Wednesday, December 3, 2014

3rd DAY

Assalamualaikum...

Dear blog,

Dah hari ketiga pon Ifa berDA.  Semalam feel sedih semacam. So, Ifa humban jugak laksa masuk mulut. Ok, puas hati. Dua pinggan lagi. Kuah laksa yang memang pekat dengan isi ikan, tambah pulak dengan manisnya isi udang. Memang tak boleh tolak. Lagi-lagi si hantu laksa macam Ifa. Pagi tadi timbang, turun lagi 0.5kg yang bersamaan dengan 500gram. Ye, Ifa redha sebab semalam Ifa cheat makan laksa. 

sumber gambar dari tokey laksa > laksaudangiryani

Tuesday, December 2, 2014

BACK TO THE BASIC

Assalamualaikum...

Dear, blog.

Tak nak pot pet banyak-banyak. Just nak share, Ifa dah kembali diet. So, back to the basic rule. No carbohydrate, no sugar and the most important are follow your rule. Fyi, hari ni hari kedua. Pagi tadi timbang, already loss 1.5 kg. For you, "Hey, I will get it and keep your promise"

#lapaq laksa udang la pulak
#cari gambar lama tak jumpak. 

K, bai.


Thursday, November 20, 2014

KEHIDUPAN BARU

Assalamualaikum...

Hai. Dah lama Ifa tak kongsi cerita kat blog ni. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh dua bulan ni. Oh ya, kenapa tajuk kehidupan baru? Ifa tak tahu dari mana kekuatan yang Ifa peroleh untuk berubah menjadi lebih baik. Menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka yang tahu siapa Ifa, tahu apa silap Ifa. Ifa tahu ada yang stalk blog ni dalam diam. Hebat korang ye. Terima kasih kerana pernah bersahabat dengan insan biasa ini. Terima kasih kerana menolong Ifa. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Sekarang ada misi baru untuk mencapai 'my wishlist'.

Sambung kerja. Bye.

Tuesday, October 14, 2014

Bla Bla



TerPangKAh LaNgkAH iNI bILa dIri diCeMuh
TeRcariK luKa Lama biLa diRi maSih dituDuH
MenETes aiR maTa, aiB Diri diSeBut-sEbuT
TiAda peLuaNgkaH uNTuk dIRi meMbetuLKan keSILaPan

Hidup Baru

Assalamualaikum...

Dah lama tak hapdet blog. Setelah sebulan menganggur, Ifa berjaya mendapat kerja baru dan masih dalam proses penyesuaian diri. Kali ni, Ifa buat dua kerja. Siang malam kerja. Gigih betul. 

Faktor utama tak hapdet kerana Ifa tak mempunyai sumber internet yang mencukupi dan murah dengan kata lain malas nak menepek kat 'cyber cafe' hanya untuk hapdet blog. Lagipun kalau nak menepek kat CC tu pun, fulus nya tak ada. Faktor kewangan turut mempengaruhi. 

Sekarang ni Ifa dah punya ayah kat dunia ini. Ayah telah meninggalkan kami sekeluarga pergi ke alam barzakh. Semoga ayah tenang di sana.

Itu je pun nak kongsi. Bye.

Monday, August 4, 2014

Hari Raya

Assalamualaikum...

Masih belum terlambat untuk Ifa ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada kawan-kawan pembaca blog Ifa ini. Sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap terutamanya dalam berkata-kata. Ifa hanyalah manusia biasa yang tak lari dalam melakukan kesilapan. 

Tahun ni, memang Ifa menyambut hari raya dengan penuh kesederhanaan. Takde baju raya, takde kasut raya, beg raya pon takde. Duit raya nak dihulur pon takde. Yang ada hanyalah cik Putih yang pulang dari bengkel setelah merajuk hampir tiga bulan. Lepas ni berhati-hati ya Nur Afifa Jaafar. Kepoh-kepoh cenggini, nanti orang cakap macam dia sorang je yang beraya dalam kesederhanaan. 

Misi tak nak 'update' blog sampai raya dah berjaya. Terbukti yang Ifa ni memang sibuk doploh pat jam. Dusta semuanya. Ifa sibuk dengan program alumni sekolah Ifa yang ditubuhkan buat pertama kalinya. Sebagai ajk cabuk yang suka nak menyibuk, maka bertambah sibuk dengan kerja-kerja opis yang sudah sedia ada melambak-lambak. Penat, tapi seronok. Rasa berbaloi-baloi hasil penat lelah menjadi. Biarpun tidak sempurna tapi masih rasa gembira kerana memberi kegembiraan kepada orang lain di hari raya. Andai ada yang kurang harap dimaafkan. Nanti Ifa upload gambar di sepanjang program Majlis Rumah Aidilfitri Alumni SMKPP berlangsung. Banyak gambar, semuanya menunjukkan tubuh badan membesar dengan jayanya. Senyum pon dah tak nampak mata. Nanti Ifa share. 

Raya tahun Ifa demam hampir seminggu. Allah dah tarik nikmat sihat sebab tak nak bersyukur sangat. Demam, batuk dan selsema. Lengkap pakej raya. Biskur raya rasa ala kadar. Ketupat, nasi impit, kuah kacang dan rendang hanya lalu di anak tekak. Belum sempat terasa kenyang, terluah semuanya. Alhamdulillah. Sekarang dah sihat. Dah boleh kerja dan dah tak pening-pening dah.

Raya korang pulak macam mana.

Thursday, July 10, 2014

GIGIH & SENYAP

Assalamualaikum...

Semalam Ifa mimpi ngeri. Hari ni terus rasa gigih nak bekerja. Hari ini dan esok Ifa kena selesaikan semua kerja yang dipertanggungjawabkan. Hari ini, tiba-tiba ada 'mood' nak kongsi cerita kat blog. Hari ini nak jadi seorang yang pendiam, gigih dan bertanggungjawab. Hari ni, tak nak terlibat dan ambil tahu masalah orang lain. Kadang-kadang kita perlu pentingkan diri sendiri jugak. Bermula dari tarikh 10 Julai 2014 hingga ke 25 Julai, Ifa akan menjadi seorang yang amat sibuk. Tapi kita lihat samada kesibukkan ini akan menghalang Ifa 'update' cerita baru ataupun tidak. Adakah kesibukkan ini mampu menghalang Ifa bermain 'game' online dikala berada dalam tekanan. Yang paling penting, mampukah kesibukkan ini boleh buatkan Ifa menjadi lebih kuat. Tak pun, Ifa buat perangai masa belajar dulu. Cakap lepas dan keraskan kata-kata ketika berhadapan dengan mereka yang menjengkelkan. 

Ok, bye.

Thursday, July 3, 2014

Salam Mubarak

Assalamualaikum...

Hampir lima hari kita menjalani ibadah puasa. Ifa nak ucapkan 'Salam Mubarak' 1435H kepada pembaca blog CeriteraNurifa. Semoga ibadah puasa dan amalan kita diterima. Ramai-ramai kita kumpul pahala ke syurga. Amin.




Tuesday, July 1, 2014

Catatan 1/7/2014

Assalamualaikum...

Bila jari-jemari menaip setiap abjad dari papan kekunci, bererti hati ini mula menarikan irama yang kadang-kala kedengaran gembira. Kadang-kala penuh rasa suka. Tidak terlepas rasa pahit, benci dan kecewa. Seringkali juga terdengar esak tangisan dalam rasa keinsafan. Ah, pandai betul hati ini menarikan irama. Hakikatnya, masih banyak rahsia yang tersimpan. Terpendam hingga terasa sakit akibat kelukaan. 

Hari ini, jari dan otak aku berkerjasama umpama isi dan kulit. Tiada bertelagah. Menyusun perkataan demi perkataan dalam membentuk ayat yang sesuai dipamerkan untuk pembacaan kalian. Biarlah manis bila disebut. Biar kalian dapat merasa setiap bait-bait yang ditaip. Biar ianya meresap ke hati. Nampak sangat hati ini merasa kecewa. Sudah sepurnama aku menyajikan kisah-kisah kekecewaan, kepahitan dan kedukaan dalam kehidupanku. Aku bukan mahu merungut. Hanya sekadar meluahkan. Biarlah mereka tidak tahu. Cukup sekadar melempiaskan rasa kecewa ini dari terus menyesakkan perasaan aku.

Hari ini, ayat aku umpama pungguk merindukan bulan. Melagukan irama merdu, mungkin juga sayu menantikan bulan menampakkan wajahnya. Ayat aku seumpama bersastera. Perasaan aku barangkali. Mana mungkin gadis biasa seperti aku bisa bersastera. Kata-kataku biasanya kasar. Perlakuan tidak ubah seperti orang kampung. Ah, aku memang perempuan kampung. Tapi aku bukanlah perempuan kampung kolot yang mampu mereka momokkan dengan kekerasan mereka. Raut wajah yang aku pamerkan seringkali dingin. Tiada senyuman yang mewarnai bibirku. Hanya rengusan yang perlahan keluar pabila rasa tidak puas hati. Senyuman yang kadang-kala terbit dari bibirku, hanyalah penipuan. Ianya sekadar menyenangkan hati mereka, menyimpan seribu perasaan duka. Kalau benar mereka kenal siapa aku, silakan bercerita. Aku sedia mendengarnya.

Kecewa? Ayat ini diulang-ulang tanpa jemu. Kalau benar, kehadiran diri ini tak diperlukan, nyatakan dengan lantang. Usah disindir. Usah memprovok. Aku sendiri faham dengan kata-kata itu. Aku sendiri faham dengan bahasa tubuh itu. Kalau benar mencurigai, nyatakan yang sebenarnya. Biar diri tak merasa terganggu dengan suara-suara jahat. Ah, mulut mereka memang jahat. Seringkali membuat hati menjadi luka. Dicanang-canang keburukan orang, walhal hati yang membusuk tidak diperdulikan. Aku juga sudah terikut dengan caranya. Moga dijauhkan. Biarlah telinga mendengar tetapi hati menidakkan.

Hari ini, sekali lagi. Aku diprovok. Aku semakin nekad. Terima kasih untuk segalanya. Maaf andai yang terluka. Akan ku kirimkan warkah gembira untuk mereka. Aku juga mungkin semakin jauh dari dosa dari terus dibelenggu perasaan syak wasangka. Biarlah mereka terus menadah pahala dari terus berdosa bersama akibat buruknya perasaan syak wasangka.

Sekian lama juga aku menunggu. Hari ini, aku akan pergi dari kebelengguan ini. Biar aku menapak dengan senang. Tidak perlu kehadiran mereka jika itu hanya menambah kealpaan dan kehinaan diri ini. Entah apa yang aku coretkan. Namun, biarlah ada yang mengerti. Kehidupan tidak selalu dihiasi pelangi, seringkali kesuraman malam datang meyinggah lalu menyepikan diri.