Wednesday, December 31, 2014

Selamat Datang 2015

Assalamualaikum...

Wah, dah 365 hari berlalu untuk tahun ni. Umur pun makin menjangkau tinggi. Makin bertambah usia makin dekat dengan kematian. Agak lama jugak mengambil masa untuk publish entry baru kat sini. Hari-hari makin sibuk. Makin sibuk dengan dunia. Terkadang ada juga hari yang makin menggoyahkan. Hampir terperosok kembali ke cerita lama. Keep fighting Nur Afifa.

Hari ini, 'aku' sebagai bahasa diri. Tahun ini, banyak betul cabarannya, Banyak kisah sedih dan gembira. Tak payah nak cerita secara detail. Random sahaja. Awal tahun yang bermula dengan baik. Pertengahan tahun yang mencabar. Melihat wajah sebenar di sebalik topeng mereka. Makin meragui kasih dalam bersahabat. Biarkan diri merasa luka, hingga aku melihat siapa yang sudi menjadi duri dalam persahabatan. Aku biar ia terungkai, hingga terpalit kembali tahi pada mereka. Tapi, masih ada yang menyalak menggembur cerita yang di mana kesahihanya.

Suku tahun terakhir, hari-hari terakhir aku merasa kasih sayang seorang ayah. Pertama kali, ayah membenarkan keputusanku. Kata-katanya penuh dengan pesanan. Biarpun aku kuat membentak. Masih ada pesanan di akhir pengucapannya. Aku sendiri pelik dengan diri yang berusaha kuat untuk memenuhi kemahuan dia. Rupanya itu baktiku yang terakhir untuk ayah biarpun bukan di akhir penafasannya. Andai mereka tahu, ada hati yang sedang bergolak di saat ayah mahu pergi. Mereka melihat senyum dan tawaku. Yang dipamerkan hanyalah kecekalan hati. Mereka tidak mendengar esakan kecilku. Mereka tidak lihat linangan air di mataku. Walhal mereka tidak tahu hati ini merintih sedih. Pergilah ayah. Bawalah ketenangan bersamamu. Hanya doa yang aku kirim buatmu.

Penghujung tahun, permulaan hidup yang baru. Terasa ada beban yang menyinggah. Aku terlupa itu adalah amanah. Bersabarlah duhai hati. Bertabahlah wahai diri. Berusahalah kamu membahagiakan mereka. Ada ganjaran pada setiapnya. Penghujung tahun juga ada cerita gembira. Bersabarlah Afifa. Ada hikmah di sebaliknya.

Akhir cerita, Selamat tinggal 2014. Simpanlah memori ini bersamamu. Akanku jeguk melihatmu. Ada sinar di balik cerita dukaku. Ada keinsafan yang menjengah di setiap kelalainku. Selamat datang 2015. Selamat datang hari tuaku. Selamat datang cabaran baru.  Aku tanam tekad yang baru untuk terus membahagiakan ibu. Aku mahu mereka merasa senang hadirnya aku. Aku mahu dia tahu bersungguhnya aku. Aku mahu tahun 2015 ada satu perubahan yang baik. Biar aku menjejak fasa baru. Aku sendiri jemu di takuk lama. Aku mahu perubahan yang memanfaatkan kehidupan duniaku, kesejahteraan di akhirat sana. Doakan aku.

(gambar last untuk blog ni-tahun 2014)


p/s : Sorry, baru-baru ni aku private kejap blog 'ceriteranurifa'. Ramai pulak yang stalk walaupun tak follow. Keep reading.. ^___^

1 comment:

Solehatun Husna said...

tabah k pot.. insyaallah.. hari2 mendatang akan lebih bermakna dan membahagiakan.. 😊😊😉