Saturday, June 21, 2014

22 !

Assalamualaikum...


Sejak menggelar diri sendiri 'aku' kat blog ni, gelaran 'ifa' sudah ditepis. Aku senang begini. Kini genaplah 22 tahun aku bernafas di dunia ini. Aku masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk muhasabah diri sendiri. Terlalu banyak kecelakaan yang aku lakukan untuk diri sendiri. Aku memilih jalan untuk menzalimi diri sendiri walhal aku diberi peluang untuk memilih jalan yang lebih baik. Aku terlalu jahil dalam merencana kehidupan sehingga aku tersedar terlalu banyak kejahilan yang telah aku lakukan. Seolah-olah aku sendiri melangkah kaki dengan rela hati menuju ke lautan yang panas itu.

Terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku. Baik mahupun buruk, kini aku redha. Jalan di hadapan harus diteruskan. Usah memandang kembali bayangan hitam semalam. Nanti akan yang tegar berkata, mahu berubah pun masih mahu menghebahkan. Bukan seperti itu, blog ini seperti diari hidupku. Adakala bisa dikongsi dan direnung bersama.

Sekarang aku lelah dengan ujian yang mendatang. Mungkin balasan dosa hitam semalam. Noktah hitam yang bertahta di hati ini, andai bisa disental menjadi putih, biarpun sakit, aku akur. Biarlah sepadan dengan usaha mahu berubah menjadi lebih baik. Bila dipejamkan mata, masih terbayang-bayang kedegilan diri dan kejahilan yang membiarkan aku terus memilih laluan yang berliku.

Hari ini, aku memilih ingin kembali menjadi Afifa yang dahulu, malah mahu menjadi lebih baik dari dahulu. Membaca cerita-cerita mereka yang tabah dalam melayari hidup buat aku malu dengan diri sendiri. Mereka lebih kuat dugaannya, lebih perit untuk menangung. Hari ini, aku merencana kehidupan baru. Biarlah ianya disulami dengan iman dan mendapat keredhaan yang selayaknya, bukan mereka yang menjadi hamba nafsu dan akal semata.

"Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang ke 22, Afifa! Semoga dirimu lebih matang dalam membuat keputusan. Pilihan sentiasa di tanganmu. Gunalah dengan sebaiknya." 




No comments: