Tuesday, May 27, 2014

KAWAN ATAU LAWAN

Assalamualaikum...

Bila 'happy' dan senang, ramai je yang mengusung. Ramai je menjulang nama seolah kita memang kawan mereka seadanya. Kawan hingga ke mati. Bila susah, sakit, banyak masalah, tak ada pulak yang nak mengaku diri tu kawan. Nak menyua muka pun tak sudi. Nak menegur apatah lagi. Kalau susah, tahu pulak nak mencari. Nasib engkaulah, kalau ada yang sudi, kalau tak, sorang-sorang melopong gigit jari. Pandai-pandai nak hidup sendiri. Baru gegeh nak belajar berdikari.

Bila ramai kawan, ramai fe'el yang kita nampak. Banyak ragam yang kita belajar. Baru tahu, rambut sama hitam, dalam hati siapa yang tahu. Makin bersemangat nampaknya aku menerapkan peribahasa dalam 'entry' aku dua tiga hari ni. Aku jenis yang 'simple'. Berkawan dengan semua orang. Tak payang nak bergeng-geng sangat. Kalu bergeng ni, pergi mana-mana pun nak kena angkut.  Kalau tak angkut, nanti cakap tak geng pulak. Susah. Kalau satu geng ada lima orang. Dah empat hati nak kena jaga. Hati sendiri jugak yang merana. Makan hati sorang-sorang. Puiih. Kejadah apa nak merana sebab kawan.

Bila dah berkawan dengan semua orang, kena lah baik dengan semua. Tak payah nak bermasam muka sangat. Kalau muka cantik, tapi asyik tarik muka je, buruk jugak. Beri senyuman kepada semua orang.  Pahala pun dapat. Padahal aku sendiri pun payah nak senyum. Takut, salah senyum nanti lain pulak yang jadik. Maknanya senyum pun kena berpada-pada. Jangan nak meleret sampai ke pipi, nanti orang cakap hampa angau, sasau...aku tak nak ambik tau.

Kawan ke lawan? Kawan kalau kita ikhlas seadanya. Lawan kalau kita mengharap sebaliknya. Kalau ikutkan dari segi percakapan, aku bukan jenis yang cepat melatah dengan kawan-kawan. Berilah pandangan dan teguran dengan kata yang baik. Bukankah itu akan menjaga persahabatan kita? Mudah bagi mereka yang berhati kecil, mudah terasa. Aku pun sama. Bezanya, sikapku memendam. Kemudian fikir dalam-dalam dan cari penyebabnya. Mesti ada punca di atas kekasaran mereka. Ah, aku juga seorang yang suka berkasar bila berkata. Tapi, ada hadnya. Mereka yang kenal akan aku tahu, jika aku diam tandanya aku marah. Bila aku tak memperdulikan kata mereka. Aku cuba mengambil masa untuk menteteramkan jiwa. Aku tak mahu menjadi lawan kepada mereka. Biar mereka sedar tak semua kemarahan dibalas dengan api. Kalau dah over sangat perangai kau sampai nak malukan orang lain. Aku sendiri hilang perasan malu untuk tengking kau.

Bila dah jadi lawan, aku bukanlah mudah untuk dipujuk. Kawan? Kau dah hilang status itu daripada aku. Aku sendiri jijik memanggil engkau kawan. Maaf. Aku memang mudah memaafkan. Kenapa nak memperbesarkan hal yang remeh itu. Sekali kau buat aku sebagai lawan. Kita mungkin masih boleh bergelak ketawa seperti dahulu. Tapi, kau akan makin sukar mengenali siapa aku. Kata-kata kau mungkin aku anggap seperti sampah yang digonggong anjing. Nak dihidu busuk. Nak ditelan tak mampu.

Pendemdamkah aku? Ah, aku semakin baik dalam memuhasabahkan diri. Dulu aku memang cepat memendam dan buatkan aku sendiri jadi pendemdam. Dewasa kini, makin mematangkan aku. Usah diperdulikan manusia seperti kamu. Aku hanya mampu bersimpati hanya kerana kita masih bersilaturrahim. Untuk kembali seperti dahulu, bermimpi pun belum tentu aku sudi menjengah.

Pilihlah. Mahu menjadi kawan atau lawan aku?

No comments: