Monday, May 26, 2014

Menyepi

Assalamualaikum...

Sekarang aku dah tak peduli apa kata mereka. Buat kerja seperti biasa. Kata-kata mereka biarkan seperti mencurah air ke daun keladi. Sedikit pun tidak memberi kesan kepada diri aku. Andai aku terus melayan karenah mereka, aku sendiri yang sakit menahan tusukan. Biarpun tanpa perkataan dengan bahasa tubuh dan riak muka, aku bukan bodoh untuk mentafsirkan.

Kawan, semalam kau ucap kata rindu. Aku pun rindu kau jugak. Cepat-cepat balik penang. Kita gosip sama-sama. Kalau kau kenal siapa aku, kau kenal lebih tentang keburukkan aku, adakah kau akan terus mendapingiku, kawan. Ah, persoalan yang merunsingkan aku. 

Ibu, terima kasih sudi mendengar. Terima kasih memberi pandangan. Walaupun ada penafian dari mulutmu, aku masih menerima walau hakikatnya, kenapa Ibu bantah. Eiii...geram.

Kau, kalau membaca catatan ini, jangan ditanya andai satu ketika nanti aku yang pergi menyepi. 'Fe'el' aku yang bukan mudah kau terjemahkan, nanti makin susah kau mahu mengerti.

Selamat petang.

No comments: