Saturday, March 15, 2014

PERSEDIAAN

Assalamualaikum

Hi reader. Hari ni update blog lagi. Kihkihkih. Semakin rajin ye Ifa. Puuuih, puji diri sendiri. Disebabkan Ifa nak reinduction Isnin ni, hari ni Ifa curi - curi makan mewah sikit. Pagi ni Ifa dah melantak nasi lemak. Nanti tengahari nak ikut family balik Perak, ada kenduri kat rumah sedara. Curi makan lagi. Malam...belum ada perancangan lagi. Apapun, jangan ikut perangai Ifa. Nak kurus, kena berdisplin!

Untuk persediaan nak menghadapi hari Isnin dan hari-hari lain untuk berdiet ni, Ifa dah cari kaedah untuk motivasikan diri sendiri macam kat bawah ni :
  1. BERFIKIRAN POSITIF : Ifa diet untuk sihat, kurus dan cantik. (Ok, terpesong). Ifa nak pakai balik baju-baju lama Ifa. Lepas tu, abaikan semua mulut-mulut celupar mak jemah yang dok dengki dengan kita. Contohnya :
    • Aku tengok hang dah ok macam. Tak payah nak kurus sangat. (Ingat aku buta + dungu ka? Dulu pakai saiz  S. La pakai saiz XL)
    • Diet apa, tak kuruih-kuruih pon. Badan pon sama besaq dengan aku jaa. (Shit! Hang lagi gemuk dari aku la.)
    • Rugi ooO tak makan nasi. SEDAP ! (Tak mati pon kalau tak makan nasi)
  2. TARGET : Target Ifa nak turunkan berat badan 20kg dalam masa 2bulan. Nampak mustahil bukan? Tak mustahil kalau kita betul-betul berusaha dan yakin dengan apa yang kita lakukan.
  3. DISIPLIN : Semua orang tahu, untuk berjaya kita haruslah berdisplin. Apa kena mengena diet dengan disiplin. Pooodah. Kalau tak berdisplin, boleh ke hang kurus? Tak kan. Macam Ifa, Ifa dah listkan apa yang perlu Ifa buat dalam tempoh induction DA ni. Antaranya :
         JANGAN SKIP WAKTU MAKAN
         - Maknanya, kita kena makan ikut masa. 
    • Sarapan : Telur 2-3 biji
    • Tengahari : Sup Ayam / Sup Daging / Ikan Goreng / Ayam Goreng + Sayur
    • Malam : Telur 2-3 biji 
        MINUM AIR PUTIH
        - minum air bersamaan 25kg berat badan = 1liter. (tiap-tiap hari tak boleh kurang 3 liter)
        - minum air 2 gelas sebelum makan
        - minum air 2 gelas selepas bangun dari tidur

        BERSENAM
        - Bersenam ni penting untuk maintainkan metabolisma badan kita. Selain tu, bila dah kurus, badan tak           dak lah mengelebeh.
    • Skipping 500 kali 
    • Lompat bintang 500 kali
    • Lari / Jogging sejam

Jadi, amacam? Boleh tak Ifa buat. Benda ni mudah je. Lagipun sebelum nak betubuh besaq ni, Ifa atlet. Lari tak mau-mau. Lately, lepas dah tak aktif ni, mulalah nak mengembang sana sini. Alhamdulillah, setakat ni, minum air putih tak dak hal punya. Why? Berterima kasih sangat-sangat kat ibu Ifa yang tak ngajar anak dia makan dan minum manis-manis. Tambah-tambah dulu, waktu aktif, air paling kurang pon dah 3, 4 liter minum. Untuk list senaman yang Ifa nak buat pulak, dulu memang selalu buat. Berterima kasih kat diri sendiri sebab pernah buat dan salahkan diri sendiri untuk sekarang sebab malas buat dan biarkan diri jadi gemuk. Makan? Bab makan Ifa tak mau komen. Ni kes makan lalu la ni.. (^__^)  Apapun, Ifa kena buat bagi jadi dulu. Nanti orang cakap sembang kencang, haprak apa pun tak dak.

nampak tak tangan Ifa yang tembam? (^,^)


p/s : girls, nak cantik kena rajin !

No comments: