Monday, March 17, 2014

1st day

Assalamualaikum...

Hi reader. Hari ni, hari pertama Ifa reinduction dalam Diet Atskin (DA). Ifa mulakan kembali DA tanpa mengambil sebarang karbohidrat. Lagipun induction boleh diteruskan selagi kita belum peroleh berat yang kita inginkan. Ini bermakna, tak selamanya kita bergantung pada telur. Hoyeah! Lepas dah kurus nanti, makan je apa yang kita nak. Tapi harus berpada-pada ye!

Hari ni, sarapan Ifa ambil telur rebus sebiji dengan coleslow sendiri bikin. No sugar. Tengahari lak, Ifa makan sardin(tanpa sos)+coleslow(sendiri bikin)+telur dadar. Ratah cam tu je kat opis ni. Air untuk pagi hinggga ke petang hanyalah air putih 2 liter. Oksigen untuk otak. So, barulah nak buat kerja segar bugar je. Tak mengantuk. (^__^)

Tapi, bila dah petang-petang cenggini, mulalah tak larat satu badan. Kepala pening-pening. Jangan risau. Ifa dah pernah try buat DA ni dulu. Lost 7kg dalam 2minggu. Ini salah satu simpton nak kurus. Wah..kemain ayat kau ye Apipa.  Betul wei, Ifa tak tipu. Cuba korang buat, if korang nak kurus la. Ia dinamakan sebagai ketosis. Untuk maklumat lanjut, sila gunakan perkhidmatan encik google. Ini bermakana proses pembakaran lemak bermula. Kalau sebelum ni dok asyik gemuk je, faktor adalah disebabkan korang dok ketedarah nasik tak ingat dunia. Maknanya yang dibakar selama ni adalah karbohidrat. Bukannya lemak. Sebab tu dok gemok gedempol je. Paham? So, layan je la perasaan pening-pening ni. Dalam dua tiga hari je, lepas tu ok lah.

Seperti janji-janji yang dah dilafazkan, balik rumah nanti, Ifa nak skipping puas-puas. 500 kali wei. Walaupun dulu dah pernah  buat, 200 kali pon naik semput jugak. Tak pe, kita buat pelan-pelan. Bila time iklan je kita lompat. Amacam? Menjadi punya. 

Tak de gambar nak share dengan korang untuk entry ni. Babai

p/s: esok nak makan apa ye? hadoooi.

2 comments:

Unknown said...

good luck ifa ;)
mesti bolehh

Unknown said...

thanks dear.. (^_^)