Tuesday, March 11, 2014

NON STOP - MH370

Assalamualaikum...


sumber gambar  : copy dari google
Sekarang ni, semua orang berbicara tentang kehilangan MH370. Siapa kita hendak melawan kekuasaanNya. Berwaspada semasa berbicara, akan ada yang terasa. Terfikirkah kita akan ada hati terluka. Bukankah andaian dan tanggapan kita bisa merobek hati mereka yang kehilangan. Siapa juga saya yang hanya tahu menaip bait-bait kata untuk menteteramkan jiwa sedangkan mereka yang lebih merasa peritnya. 

Dua hari lepas, ahad. Ifa dengan Nurul jalan-jalan pergi Sunway Karnival, usha-usha apa yang patut dan kitorang buat keputusan tengok wayang. Itu pun sebab bosan. Cerita Non-Stop ni pun terpilih sebab Ifa janji nak balik rumah awal. Cerita lain alamatnya, kena tadah telinga kat rumah dengar leteran. Thhheeeee...
Bila tengok cerita ni, teringat apalah nasib MH370. Bukan hanya Ifa je nak tahu apa kesudahannya, korang pon nak tahu. Satu dunia mengikuti perkembangan MH370. 

Hakikatnya kita perlu sedar, ini adalah ujian buat kita. Mungkin ada yang akan tersingkap di sebalik kejadian ini. Mohon segalanya baik-baik sahaja. Allah itu maha berkuasa. Kembalilah kepada fitrah. Berserahlah ke atas Qada' dan Qadar. Semoga ada penyelesaiannya.


Sumber gambar : copy dari google
Dedikasikan dia atas kehilangan MH370. Tajuk : ..........................................? (isi tempat kosong)


Hari ini, manusia datang berkumpul,
Masing-masing ingin tahu,
Dimanakah Ia?
Hilangkah Ia?
Kenapa?

Hari ini, jiran-jiran datang menjengah,
Menghulur rasa empati,
Memberi segala sokongan,
Rasa kehilangan, usah ditanggung seorang,
Mereka datang atas rasa kemanusiaan.
Datang untuk mencari satu jawapan.

Mereka, 
Ahli keluarga, 
Ayah, ibu, adik , kakak dan abang,
Dengarkah suara ini?
Pulanglah ke sini,
Kami menunggu dengan harapan,
Berikanlah kepastian.
nurifa.j
11/3/2014
3.15pm


p/s : andai ini aku alami, mungkin aku tak kuat seperti mereka.

No comments: