Wednesday, March 12, 2014

AKU & KERJA

Assalamualaikum...

Hari ini.. feel down kat tempat kerja. 1st time feel macam ni. Salahkah tindakan aku selama ni. Mungkin jawapan yang aku beri tak memuaskan hati majikan aku. Siapa yang hendak aku persalahkan? Salahkan diri sendiri je lah. (*_*) Aku perlu sedar, tak semua yang kita lakukan adalah baik dimata mereka. Aku perlu belajar dan berusaha lagi untuk mempertingkatkan mutu kerja aku.

1st time jugak aku menggunakan gelaran aku kat sini. Selalu guna Ifa je kan. Bila rasa resah camni, jangan haraplah yang terbaik. Runsing gila. Dari dulu sampai sekarang aku tak boleh kalau orang sound aku. Aku bukan manusia yang sempurna. Tegurlah dengan baik. Padahal memang bos aku tegur baik-baik pon. Aku je emo semacam. Perangai serupa budak. Sound je down. Positif Afifa! Positif!

Aku tak tahu apa yang berkecamuk sangat dalam kepala otak aku ni. Salah sorang bos aku selalu cakap muka aku banyak masam. Why? Tak gembirakah aku? Aku gembira kat sini. Tak macam tempat lama, penuh dengan diskriminasi kaum. Cuma perwatakkan aku lebih keras disebabkan aku seorang kakak dan aku suka berdiri di atas kaki sendiri. Aku lebih gemar mencari penyelesaian sendiri. Tak bermakna aku menyepi di dalam bilik, hanya sekadar mengadap komputer mencari keseronokkan. Buat pengetahuan semua aku suka senyum ok! Percaya tau! Tak percaya tanya NURUL.  Best tak kerja dengan aku. (^ , ^) Cuma sebelum kenal dengan aku, memang aku nampak sombong. Hakikatnya tak. Semua kerana aku mahu menyembunyikan kelemahanku. Aku mahu dihormati. Biar orang tahu, aku bukan mudah diinjak-injak tanpa sebarang bukti. Jadi, jangan pernah merasa takut untuk mengenali siapa aku.

Siapa aku pada mereka? Mungkin aku hanya insan yang berpura-pura hebat di hadapan mereka. Aku tak pernah rasa takut untuk tunduk pada mereka. Pada aku, aku hanya insan yang kuat di mata mereka hingga menimbulkan rasa syak wasangka. Padahal aku, hanya mampu mengawal segala emosi dan melempias air mata di bawah bantal kecilku. Sekurangnya aku tak perlu mengambil bahagian dalam peperangan emosi mereka.

Di sini aku meluahkan rasa agar ia terus menjadi rahsia. Aku banyak berfikir sebelum melaksanakan tugas. Aku cuba mencari alternatif yang terbaik. Aku juga tak suka dianggap sebagai pengampu. Itu bukan aku. 

senyum saja sebelum stress dengan diskriminasi (gambar lama)
p/s : Hidup ibarat roda, kadang-kadang dia atas, menghirup udara segar, kadang-kadang di bawah, mencium bau tanah. Konklusinya, kembalilah kepada fitrah.

No comments: