Thursday, March 6, 2014

PROJEK KURUIH...

Assalamulaikum..

Hai semua. Hari ni Cik Apipa nak habaq mai bahawasanya Ifa nak melaksanakan projek kuruih yang membawa erti, Ifa perlulah menjaga pemakanan dan juga senaman untuk mendapat berat badan yang ideal. Walau bagaimanapun, Ifa terpaksa mengurang aktiviti bersenam disebabkan tuntutan masa yang tak diizinkan. Aktiviti yang boleh dilakukan hanyalah 'skipping' dan 'sit up' sepuas hati kat rumah.

Dalam menjalankan projek kurus ni, Ifa telah mencabar diri sendiri untuk kurus dalam masa dua bulan. Sasaran adalah penurunan sebanyak 20kg. Boleh tak? Insha Allah. Tak payah nak gelak sangat la wei. Kalu Ifa boleh buat, apa korang nak bagi kat Ifa? Buat peringatan diri dan korang-korang yang sudi membaca coretan Ifa ni, hari ni adalah hari keempat. Ada lagi 58 hari untuk Ifa teruskan perjuangan ni. Acecece macam nak pergi berperang je.

Kat opis Ifa ni, semua pakat dok perli-perli ja. Tak pa. Mulut manusia memang macam tu. Tambah-tambah Ifa tengok diorang pon bukan kurus sangat. Eh, baik sangka. Mereka bergurau je. Kita jadikan ia sebagai pemangkin untuk Ifa berjaya dan bersungguh-sungguh untuk kurus. Mihmihmihmih.

Meh usha perjalan pembesaran tubuh Ifa. Haha... 

Sek Rendah : Muka innocent gile.. 

PSP : Sem 2
PSP : Sem 3
PSP :Sem 5 - Double chin mula kelihatan

PSP : Sem 6 
4 bulan lepas - Perut semakin berlapis..krik, krik..
2 minggu lepas - Fine, semua nampak besar!

Nota untuk diri : 
Wahai hati, terima kasih kerana memahami
Wahai nafsu, silalah main jauh-jauh
Wahai perut, terima kasih sudi menolak karbo dan gula

Terima kasih semuanya.

p/s : Aku ubah diet aku bukan sebab nak kahwin laaa.. : P

No comments: