Saturday, May 3, 2014

Saya Anak Ke-2

Assalamualaikum...

Buat mereka yang tak pernah tahu siapa Ifa, Ifa ni anak kedua dari enam adik beradik. Best tak jadi anak kedua. Sejujurnya best. Ada adik ramai. Ada kakak yang gila-gila. Disebabkan Ifa ada ramai adik. Ifa boleh buli dan mengusik sesuka hati. Lepas sorang merajuk, menangis melalak-lalak. Dont worry, ada sorang lagi boleh dikacau sampai bebal. Eleh, silap-silap Ifa yang dibuli. (^__^) Korang yang anak kedua perangai cam Ifa tak? 

Perangai Ifa yang sangat buruk sekali, sebagai anak kedua adalah....jeng3!!! Ifa seorang yang cemburu. Ifa suka cemburu dengan kakak sendiri. Apasal dia no. satu? Apapun, mesti dia no. satu. Sampai sekarang, perasaan tu tak pernah hilang. Buat Nur Amira, my beloved sis, I'm sorry. "Aku pon tak tau pasaipa aku dok jeles manjang dengan hang. Tapi, bila susah, pandai pulak aku cari hang." Muahahahaha.

Bila dah selalu dianggap yang kedua, Ifa jadi lebih berdikari. Bagi Ifa, semua yang kita mahu, kita mesti berusaha untuk dapatkannya.

Kat bawah ni, Ifa jumpa kat internet. Comel kan awek tuh? Ok, muntah hijau. Tak habis-habis perasan Ifa ni. Semua ciri-ciri kat bawah ni memang sama dengan Ifa. Siapa yang sama dengan Ifa, kita geng. Korang pulak macam mana?


(tekan gambar untuk paparan yang lebih jelas)

p/s : Manusia tak semuanya sama. Kita mungkin berbeza. =P

No comments: