Saturday, April 26, 2014

PETUA GIGI PUTIH

Assalamualaikum...

Pagi ni, meh Ifa nak kongsi satu petua yang semua orang suka. Petua memutihkan gigi. Penyelesaian yang mesra alam. Gigi putih, senyum menarik, hati tertawan. Wah, bagus ni. Duit poket pon jimat. Tak payah nak buat appoinments dengan doktor bagai. 

Kita memerlukan :

1. Lemon / Limau Nipis

2. Soda Bikarbonat

Kalau kat rumah tak de soda, boleh digantikan dengan garam. Maklumlah, selama ni tak reti nak baking. Pandai tengok dan ngap je. Silap-silap rupa soda pon tak kenal. (^__^)

Caranya, 

1. Masukkan sesudu besar soda ke atas piring
2. Hiris lemon/limau nipis dan perah ke atas soda.
3. Biarkan lemon bertindak balas ke atas soda. (macam buat eksperimen je)
4. Sekiranya cair, tambah soda sepuas hati.

Dah puas hati dengan kepekatan dua campuran tersebut, bolehlah ambil berus gigi, tonyoh-tonyoh kat campuran dan sila lah menggosok gigi dengan perasaan tak puas hati. Dijamin, sekiranya dilakukan secara berterusan gigi akan putih bersinar-sinar. Ok, bersinar-sinar tu tipu.

cantiknya gigi !
Selamat mencuba.





No comments: