Friday, March 28, 2014

Sekarang, ini di hati saya !

Assalamualaikum.

Dah jarang update blog. Selalu sangat sibuk. Nak menghadapi manusia yang tak pernah hilang hasad dengkinya bukanlah mudah. Hanya keegoan yang tinggi dan berpura-pura seolah tiada apa yang mampu buatkan Ifa masih hormatkan mereka. 

Pesan Ifa buat mereka :

1. Kalau tak tahu, janganlah jadi bodoh sombong. Janganlah bertindak seperti tikus yang membaiki labu. Bukan menyenangkan kerja, malah menyusahkan. Tak perlu malu bersuara untuk bertanya. Tak perlu rasa tercabar kalau diri benar-benar hebat. Salahkan meletakkan ego dibawah sedangkan tidak tahu melakukannya? Nampak sangat keBODOHannya! 

2. Kata orang tak usahlah menjaga tepi kain orang. Kain sendiri yang carik makin nampaknya sudah rabak. Menampakkan keaiban dan keburukan diri sendiri. Masih tidak sedarkah? Kerja sendiri yang dibuat acuh tidak acuh, kerja sendiri yang selalu ada salahnya, kerja sendiri yang dilepas tanggungan. Masih mahu mencari salah orang? Mengakulah salah sendiri. Usah mencari kelemahan orang. Usah menuding jari ke arah orang. Kalau cemburu, cemburulah dengan positif. Barulah diri menjadi positif. 


p/s : Bila dia berdiam diri dan hanya melepaskan senyuman bukanlah dia bodoh dalam merencana keputusan. Jangan biarkan amarah dia meletus kerana dia bukanlah seorang yang penyabar. 

2 comments:

Unknown said...

mrh sngt nie knp ifa??

Unknown said...

tak marah.. bagi nasihat