Sunday, November 3, 2013

Sesi Bertenang

Assalamualaikum.

Hi reader.. Bajet macam ada yang baca blog ifa ni. Ada ifa peduli? Tak. Blog aku, lantak aku la. Keh keh.

Malam ni, nak meluah perasaan sikit. Hati ifa sekarang rasa dirobek-robek ja dengan perangai someone ni. Ye, awak. Someone tu awak la. Awak tak peduli, tak kisah? Ifa beribu kali tak peduli. Tsskk. Sedih kot bila ada perasaan camni. Bila tercalar dan biarkan ianya melarat, sumpah sakit oo. Ifa tak tipu.

Perasaan kedua yang tengah mengacau bilaukan otak pemikiran ifa sekarang ni, ifa rasa penat dengan semua ni. Esok kerja. Bila nak Isnin je, perghh...malas gila. Rasa tak nak pergi kerja sangat-sangat. Sampai otak dan hati berperang bagai perang dunia yang dah meletus. Terus ifa menghargai kehidupan di PSP dulu. Rindu! Rindu! Rindu! Kehidupan seorang pelajar adalah masa yang terbaik untuk para remaja yang malas kerja cam ifa ni. (^_^)

Perasaan yang ketiga,walaupun ta nak kerja, tapi ifa nak cari kerja yang lagi tinggi gajinya sementara nak sambung belajar. Wah, demand ye kau apipa! Nak buat macam mana, minyak dah naik, gula pon dah naik, demand lagi la bertingkat-tingkat paras kenaikannya. Boleh macam tu? Ok, mai sini tengok senarai sebab kat bawah yang buat demand cik apipa ni makin naik menjulang.

1. Nak beli kereta
2. Nak ambik kelas omputih dengan mandarin
3. Nak simpan duit sambung belajar
4. Nak simpan duit untuk modal bisnes
5. Nak KAWEN

Jelas tak sebab-sebab yang dah dinyatakan tu? 

Kesimpulannya, tah hapa-hapa ja entry ifa malam ni. Kan ifa dah cakap sekarang ni hati ifa gundah. Nasib otak masih waras lagi. Lagi satu, apasal ifa rasa badan makin membesar je sekarang ni. Omaigadd. Kena diet ni.

p/s : Kadang-kadang mata kita terlalu sukar membezakan yang nyata dengan palsu. Otak kita kadang-kadang kusut untuk menyatakan antara realiti dengan fantasi. Gunalah hati. Gerak hati lebih mengetahui apa yang kita inginkan.

No comments: