Tuesday, November 5, 2013

Cerita Malam Hari

Assalamualaikum..
Smile !! ^___^   >>>si tembam itu saya !

Hi peeps! Amacam hari ni? Semua ok je kan. Tak de yang patah kaki, tercabut gigi kan? Hehe. Merepek je ifa malam ni. Tengok tajuk kat atas nuh, kat sebelah kanan tu....malam ni ifa nak cerita apa pon, ifa ta tau. Sebab tangan dah log in. Alang-alang dah menaip ni kan, ifa nak sambung luahan hati ifa yang ifa merepek tah apa-apa ja ari tu. 

Actually, gaji ifa dah masuk. Hari tu ifa ada cakap yang ifa nak tukar kerja lain. Bos ifa ni macam tahu je perancangan yang tersusun rapi di kepala otak ifa ni. Tadi cek online, OMG gaji dah naik. Alhamdulillah, rezeki. Terus terfikir lagi seploh ke doploh saat. Ok, tak jadi tukar kerja. Keh keh.. Materialistik betol ifa ni. Itu memang ifa mengaku. Sebab tu, ifa nak sambung belajar. Nanti boleh la ifa demand tinggi sejajar dengan ketinggian kehendak yang menjajah di hati ini. Hah, ini jangan diikuti. Contoh yang tak baik ni! Mehmehmeh..

Seterusnya, ifa tiba-tiba ada mood balik nak menaip, berangan. So, boleh kembali menulis, bekarya. Insyaallah...ada rezeki, salah satu cita-cita ifa akan tercapai. Faham-faham sendiri la ye. 

Bye..

p/s : Bila kita jatuh, kadang-kadang kita terlupa masih ada yang bersama kita. Bila kita cemburu dengan keistimewaan mereka, kita alpa dengan anugerah terindah buat kita.

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

wanariahamiza said...

Salam singgah kembali. :)