Thursday, April 17, 2014

Catatan 17/4/2014

Assalamualaikum...

Sekarang ni, entry dah tak ada tajuk. Semuanya catatan. Malas nak fikirkan tajuk. Well, Ifa memang pemalas. Kerja kat opis ni, belambak-lambak. Tertangguh. Sebab? Bukan malas. Dah nama pun kerja, tak pernah habis. 

Semalam, tahan dugaan nak diet. Hari ni, marah sama Cik Feat. Siapa suruh bawa makanan sedap datang opis. Dah termakan karbo. Huhuhu. Marah dengan diri sendiri. Lupa yang Ifa on diet. So, kena denda. Lompat bintang seratus kali. Apapun, terima kasih kepada Cik Feat, bawa mi sanggul bagi sarapan kat orang yang tengah lapar ni. (^__^)

Yang tak kenal rupa mi sanggul ni, nah gambar setempek.
Gambar, ihsan Incik Google.

rupa sebelum mandi

rupa selepas dimandi dan dihias

Hari ni, hari esok dan dalam seminggu dua ni, Ifa akan sibuk yang teramat sangat. Bila sibuk je, mesti ada masa sikit nak mencoret kat blog ni. Tekanan yang diterima akan dilemparkan ke sini. Muahahahahaha. 

Lastly, kepada awak yang yang stalk blog Ifa ni, Ifa nak ucapkan, tahniah! Tahniah sebab jumpa blog buruk Ifa ni. 

Sambung kerja. Bye.

No comments: