Friday, April 11, 2014

Catatan 11/4/14

Assalamualaikum...

Hari ni, dah seminggu Ifa kurang bercakap? Bermakna target Ifa nak jadi seorang pendiam dalam azam yang lalu dah tercapai. Wah, bangga Ifa dengan perkembangan diri sendiri. Sekarang bercakap bila perlu. Tapi habit Ifa yang suka berleter masih belum dapat dikurangkan. Bukankah ini satu peningkatan? 

Hari ni jugak, Ifa masih merasa rendah diri terhadap diri sendiri. Bukan tidak menghargai apa yang ada, tetapi Ifa kecewa dengan diri yang semakin lalai dengan dunia. Semalam berborak dengan seorang sahabat. Katanya, Ifa sekarang semakin matang dalam hidup. Hidup di dunia hanya sementara. Usia makin meningkat, kenapa keseronokkan yang masih dicari? Baliklah kepada permulaan. Mendalami maksud kehidupan yang sebenarnya. Keseronokkan di dunia atau kenikmatan di syurga yang dicari.

Pabila Ifa mencari kembali diri Ifa yang hilang, Ifa makin sedar Ifa yang dulu lebih baik dari Ifa yang sekarang. Tetapi Ifa hari ini lebih beruntung dari Ifa yang lalu. Beruntungnya Ifa kerana sedar dengan kesilapan yang Ifa lakukan. Terima kasih Allah kerana tidak terus membiarkan Ifa hanyut dalam kehidupan dunia yang fana ini. Terima kasih Allah kerana tidak mencabut keimanan dalam hati Ifa. Kembalilah kepada firtah.


3 comments:

licha said...

all the best dear :) licha singgah follow sini

Unknown said...

thanks dear.. welcome to my blog

Unknown said...
This comment has been removed by the author.