Tuesday, July 30, 2013

IFTAR & KAWAN

Assalamualaikum...

Dah lama ifa tak menaip cerita kat blog ni. Dah berapa lama ek? Ok, ifa pun tak ingat. Hari ni ifa nak cerita sal pengalaman berbuka puasa dengan kawan-kawan baru. Tengok tajuk la beb. Hehe ^__^

Berdasarkan cerita-cerita ifa yang lepas. Tambah pulak entry yang masih hangat dan segar bugar bulan lepas, ifa dok membongkak sekembang-kembang lubang hidung ifa yang dah memang kembang. Gila riak sampai lupa riak tu perangai syaitan laknatullah. Sampai lupa, riak membolehkan ifa jadi lupa diri dan kini, ifa dah kembali kepada yang lumrah. Ifa bukan seorang yang suka membongkak ok! Tak caya tanya member-member ifa. 

Kembali kepada cerita yang sepatutnya, ifa dan kawan-kawan baru merangkap officemate, kitorang semua berbuka kat tempat yang makanannya memang superb. Dari makanan laut ke western food. Memang terbaik di anak tekak ifa. Makan sampai tak hengat dunia. Sampai lupa diri yang ifa ni bukanlah seorang lelaki yang mempunyai nafsu melahap jua melantak tahap gaban. Gila ifa dok buat muka tak malu meratah lauk pauk yang ada. Please ifa, kau adalah seorang perempaun. Haha. Mana perut tak besaq, mengketedarah macam dok kat rumah sendiri. 


Apapun terima kasih banyak-banyak kat Mr Methi yang baik hati sudi belanja kitorang semua makan. Kat opis ifa majoriti adalah kaum cina. Melayu ni berapa kerat je. Boleh dibilang dengan sebealh tangan iaitu lima orang. Sikit kan. Tapi ifa gembira kerja kat sini. Methi tu pulak bukan melayu tapi beliau sudi berbuka puasa dengan kitorang. Info yang sangat penting beliau adalah siam warganegara Malaysia. He the best! Acecece..jangan salah faham ok. Beliau dah berkahwin ok.

Sekarang kepala otak tiba-tiba teringatkan majlis bebuka dengan kawan-kawan sekelas kat pantai. Rindunya. Lastly, mau ucap Selamat Berpuasa kawan-kawan semua.

p/s : perasaan bila dibelanja makan, perot terus rasa kenyang serta merta. (",)

No comments: