Thursday, June 20, 2013

Terima Kasih, Allah !

Assalamualaikum...

Hari ni, ifa nak muhasabah diri. Terdetik di hati ifa, walaupun ifa selalu melupakanNya, terkadang alpa dan lalai dalam melaksanakan perintahNya, seringkali juga bersangka buruk denganNya, Dia... Allah yang Esa, masih memberi peluang kepada ifa untuk menikmati nikmat hidup di dunia yang fana ini. Andai ditarik, siapalah kita mahu berbicara apatah lagi bermegah tanpa takut untuk menzahirkan rasa syukur kepadaNya. Bertapa kerdilnya ifa di hadapan Allah. Bertapa hinanya ifa disisinya.

Jari-jemari yang hanya sekadar menaip huruf-huruf kecil ini untuk menyatakan yang ifa sangat bersyukur dengan segala limpah kurnia yang Allah berikan kepada ifa sepanjang 21 tahun ifa menghirup nafas di muka bumi ini. So, lets say :-
for all the good and bad
  1. Ifa dah dapat kerja. Cukup cantik perancangan yang Allah buat untuk ifa. Ifa dapat bila umur dah   mencecah 21 tahun 1 hari.  "cun x?" kehkehekeh. Ifa jugak dapat kerja yang ifa nak sangat. ^_^
  2. Ifa dah masuk 21 tahun, 18 Jun lepas. Baru dua hari je lepas. Sempat lagi kalau nak kasi hadiah kat ifa. " Thanks to him. He never forgot my birthday "
  3. Ifa dapat 'dean list', walaupun belajar tak bersungguh. 
  4. Ifa ada adik-adik yang pelbagai ragam dan seorang kakak yang baik hati walaupun kadang-kadang suka bagi sakit hati. mehmehmeh
  5. Ifa ada ramai kawan dan sahabat. "rindunya dengan cik seen"
  6. Ifa ada ramai guru dan pensyarah yang tak pernah kedekut dalam mendidik ifa sampai berjaya. "ifa selalu buat cikgu n lec marah" huhuhu
  7. Allah anugerahkan ifa dua insan yang banyak berjasa dalam hidup ifa. IBU dan AYAH
  8. Allah berikan ifa nikmat hidup dalam Islam. 
  9. Banyak lagi nikmat yang Allah beri, sehingga tak mampu ifa hitung jugak listkan kat sini.


Ifa masih mencari nur hidayah dari Allah. Ifa tak mahu terus alpa hingga tak mampu menggapainya. Juga tak mampu hampir ke syurgaNya. Ifa mahu menjadi insan yang tahu bersyukur dengan segala kurniaanNya.

p/s : Ramadhan tinggal berapa hari lagi. Mari kita bersedia untuk menyambutnya.

No comments: