Sunday, March 17, 2013

IM4U

Assalamualaikum...

Hai, uols. Hari ni , ifa ada something nak kongsi sama uols.  Dari membiarkan diri diselubungi dengan rasa bosan, mari kita menghabis masa dengan berblogging. Nampak tak tajuk besaq gedabak tu? IM4U ! Hah, sejak dua tiga menjak ni, rajin bebenor aih ifa gi join IM4U ni. Tak kisah la mulut orang-orang yang nak menyebaq cerita, kononnya IM4U ni mainan politik semata-mata. Sebagai pelajar yang berdedikasi, juga seorang remaja tunggak harapan negara, ayuh kita pedulikan mulut-mulut jahat cenggitu. Kihkihkih. Kita join pun sebab nak berkhidmat pada masyarakat, berbakti pada alam, berjuang untuk kesihatan diri.. Itu yang penting. Bagus pe IM4U ni. Dapat jugak sijil. Sijil Kebangsaan pulak. Boleh buat supporting like dokumen sumber untuk masuk universiti nanti. 

Tapi, nak dibuatnya cerita, pagi ni ifa boleh terlepaih program yang gempak gila ni. Awatla boleh pi bangun lambat. Buat pulak my bestfriend tak roger-roger mau pergi tak ini program. Sekali, depa pi. Punggah! Awat  la ta ajak ifa sama. " Aku pun nak tengok artis comei gak. Nak ngorat abg polis, Jpam...Menteri pun jadi la." Kehkehkeh. Ada hati nak ngorat. Dah la gendut, itam pulak tu. Sedar diri sikit ye Apipa!! 
Gemok kah ? Itam kah? or Idong Kembang?
Kihkihkih
So, hari ni, ifa dah memenuhi masa yang ada dengan main game best. Best ke? Tak best pun, ifa nak cakap best jugak. Sebab game ni ada muka spongebob. Ala watak kartun femes yang dok dalam ayaq tu. Ifa suka tengok citer spongebob. Suka dengaq sora dia yang cam kartun tu. Suka sangat! Kartun 'Arnold','Jimmy Nuetron','Cat Dog' kadang-kadang citer 'Wonderpet' pun layan jugak. Time stress layan kartun, pergh...hilang keserabutan kepala. 
Korang tahu tak game ni? 
Apapun, kepada pelajar-pelajar yang hebat, jangan lupa join IM4U. Lepas tu, gi daftar kat blog IM4U, tebus kad ok. Macam-macam imbuhan korang dapat. Nanti dah join blog IM4U, boleh lah korang dengan senang hati, perut dan jugak limpa untuk kongsi pengalaman  group korang kat situ. 

p/s : Selasa depan, 19 Mac 2013, ada program derma darah kat PSP. Marilah menderma untuk selamatkan nyawa.

No comments: