Tuesday, March 12, 2013

Bersangka baik

Asslamualaikum.


Dear, uols. Hari ini mari kita bersangka baik. Bersangka baik dengan segala ujian yang menimpa. Setiap ujian yang berlaku ada hikmahnya. Mari renungkan kembali. Mungkin ada salah yang pernah kita buat, mungkin ada hati yang pernah kita lukakan dan mungkin Allah mahu menambah ganjaran pahala dengan kesabaran hati kita dalam menempuh ujian itu. Allah sentiasa sayangkan hambanya. Kita hanya insan kerdil yang tidak alpa melakukan dosa. Acap kali kita lupakan Dia, Allah yang Esa. Dia berikan ujian setanding dengan keupayaan kita untuk menghadapinya. Itu bukti Allah sayangkan kita. Hanya insan yang bodoh pinggirkan Dia. 

Ya, hari ni ifa nak bersangka baik dengan semua yang berlaku. Sangat-sangat nak bersangka baik dengan pensyarah-pensyarah cantik yang ajar ifa. Selalu sangat ifa merungut dengan tugasan yang diterima. "Adoi...Penatlah! Nak kena hantaq pulak. Dia ni cerewet la.. Bla..bla...bla.." Mulut je kecik molek, tapi cakap banyak. Dah macam keretapi je. Laju kemain. Keh..keh..

kecik dok mulut ifa? kehkeh..perasaan. 
dah..pandang sikit-sikit sudah. 
Jangan dok pandang idong, tahu la idong kembang! :3 )


Tadi tengah hari, pergi bilik penyelia projek group ifa. Konon nak mohon pendapat. Sekali puan tanya, " Proposal macam mana ? Saya nak bagi markah. Last hantar jumaat ni." Terus terdiam. Rasa macam diri ni gampang. "Weh, nak buat slide audit, nak study akaun untuk test esok, nak siapkan proposal lagi. Penatlah macam ni! " Tengok, merungut lagi. Siap sempat update blog pulak tu. Kehkehkeh.

Kalau nak tau, ifa tengah buat proposal projek la ni. Kata orang sambil menyelam, minum air. ( Bukan lemas ka kalau buat lagu tu? Heran aku! )


 p/s : Ifa sedang bersangka baik dengan tugasan yang konon banyak ni. Bila direnungkan.. Oh, suka buat kerja bertangguh rupanya. =P


No comments: