Thursday, August 30, 2012

Oh..Rapid Penang!!

imej adalah ihsan dr Mr .Google


Assalamualaikum..

Yo..yo.. Yo.. Oh mak!! Terbelit lidah fifa. Konon bajet hip hop la tu. Ok..saya kolot! Orang sekarang layan kpop Oppa Gangnam Style. Barulah memenuhi citarasa Urban. Jadi, siapa kisah?? Orang sekarang yang urban kononnya, dah tak ambek peduli dah hal orang lain. SELFISH katanya. Barulah setaraf dengan keURBANan tuh.  

Ya, fifa tahu fifa suda melalut. "Apa kaitan benda-benda alah 'URBAN' ni dengan RAPID PENANG (RP)di atas?" 

Meh sini, baca. Fifa nak sembang hal politik 'transportation' di Pulau Pinang. Tulus dari  pandangan seorang pelajar Politeknik , pandangan seorang pengguna dan pandangan pemudi berwawasan yang sememangnya tunggak harapan bangsa dan negara. Acecece.. Bajet diri ni hebat. Ya, mana kita tahu rencana Tuhan terhadap kita pada masa depan.

p/s : Ini adalah pandangan peribadi fifa ok. Hanya wujud di blog ceriteranurifa.blogspot.com sahaja. Edisi terhad. Bahasa yang digunakan adalah rojak. 

First time naik Rapid Penang

1. Eh, cantiknya bas
2. Baguslah, ada aircon
3. Kerusi ok.
4. Bersih
5. Tiada bau-bauan yang kurang menyenangkan
6. Tambang, eh, tak urban! Tiket murah!! Jimat2.
7. Menepati masa


Selepas 5,6 bulan hingga sekarang

1. Ya Allah, mana bas ni?? Dah sejam aku tunggu. Sebijik pon tak dak.
2. Eh, awat panas ni? Aircon ni boleh guna ka dak? 
3. Ni botol ayaq sapa ni? Pandai makan minum, buang la dalam tong sampah
4. Tu dia aih! Mahalnya tambang! Baik aku naik bas 12 (rgkanya dr kayu n berwarna kuning)
5. Suka rosak di pertengahan jalan.

Ihasan Mr. Google





PERKARA YANG MENJADI ISU DALAM PEMIKIRAN SAYA

1. Kenapa bas tidak diselenggarakan dengan baik?

2. Tambang yang mahal. Sebelum, perkhidmatan bas lain diberhentikan, (kononya RP bawah kerajaan. Eh, kerajaan memang ada hak buat macam tu.) tambang yang dikenakan sangat murah. Jimat 30,40,50sen!! Simpan dalam tabung, cukup bulan melabur dalam ASNB.

3. Bagaimana mahu melahirkan masyarakat Malaysia yang berdisplin? Huraian.. sebagai seorang pelajar, masa adalah sangat penting. Kalau tunggu bas sampai sejam lebih, tara nak sampai kt main point dia lg, nak tukaq bas lain lagi, nak tunggu drebar bas lagi.. Ok! Saya memang nak berjimat. Tapi risikonya, saya tak boleh masuk kelas sebab lec ta bagi masuk. Saya tercicir dalam pelajaran. Saya boleh gagal dalam subjek.. Silap2, saya boleh GB (gagal berhenti). Adakah ianya satu kepuasan bagi saya sebagai pengguna dan pelajar?? Sila setuju disiplin memang sangat penting dalam kehidupan tak kira siapa kita. 

4. Kenapa bila hari Jumaat, Sabtu & Ahad, bas RP atau mana-mana bas sekalipun amat sukar dinaiki oleh penduduk wargananegara Malaysia. Adakah kesemua bas adalah khusus untuk warganegara asing Myamar, Indonesia, Vietnam, Bagladesh, Nepal dan Filipina pada hari tersebut?

5. Kenapa bas RP mempunyai aramo terapi yang selalu membuatkan saya pening bila berada di dalamnya? Bila dapat seat belakang, memang kompem-kompemlah ada bau arak, bau makanan dll. 

6. Fasiliti yang amat mengecewakan. aircon tak berfungsi. Sila faham keadaan saya bila naik bas yang tertutup, tiada saluran udara. Depan, belakang, kiri or kanan pulak ada orang Bangla yang mempunyai bau-bauan tegar di tubuhnya... Sila paham keadaan saya.

7. Ini yang paling saya terkilan. Saya pernah naik bas RP dan bas tu rosak. Bas Rp dr jalan yang sama (mean no bas) lalu. Berhenti dan bila lihat sahabatnya rakan sekerjanya tidur, dia dengan suka hatinya blah. Padahal dia nampak orang pakat kejar bas dia. Sudahlah bas rosak, tiket tak diganti, kena bayar tambang baru pulak. 

8. Sikap pemandu bas yang memandu dalam keadaan tidak selamat. Kalau tugas memandu bas diambil mudah, silap haribulan mengancam jiwa seluruh penumpang. Handphone mahai tu, silalah off sebelum memandu.


KESIMPULAN.

Fifa memang menghargai jasa-jasa baik pihak-pihak itu dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk dan pengguna yang sangat Urban ini.. Terima kasih Malaysia. 

Hakikatnya fifa rindu nak naik bas 12. 











No comments: