Tuesday, July 31, 2012

SOFT SKILL

Assalamualaikum..

     Di malam yang suram sambil ditemani  dengkuran adik kecik, perasaan syahdu gila. Oh...Sememangnya kepala hotak fifa tengah berdenyut-denyut konon nak menzahirkan rasa amarah. Permulaan semester yang tak berapa baik.. " Erm...rasa cam dah pernah guna ayat ni." Adoi...mintak hostel, depa reject. Awat la makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekalian tak nak kasi fifa masuk hostel? Pernah ada rekod buruk kot? Setakat fly sekali dua, gi Pusat Islam (P.I) lambat, tak kan rayuan terus kena reject? Patutkah? Memang ketidakpuasan hati tengah berleluasa gila. Terus kasi effect kat subjek enterpreneurship dgn financial accounting. Padahal esok ada quiz, satu patah perkataan lansung tak disebut, dibaca apatah lagi untuk diingati. Akaun pulak, "Cik Das.. saya terkena tekanan perasaan semalam, latihan yang cik kasi tak sempat nak wat." Agak-agak kalau bagi alasan camtu, mau dihalau fifa keluar kelas dia hari tu. Tak pasal-pasal surat cinta kaler merah sampai rumah. Huh.. sangat sadis keadaan fifa malam ni.

     "Trip..Trip.." Fifa tekan-tekan papan kekunci. Eleh, konon nak habaq kata terrer bahasa baku la tu. Apa-apa la, fifa oi. Hurm..bila fifa rasa bosan,rasa tension, fed-up lagu ni, kompem-kompem kalau ada tv,fifa akan layan citer kartun, kalau ada radio..sorry.. saya tak berapa suka layan lagu dan dengaq DJ radio melalut ntah hape-hape, kalau ada lappy cam sekarang ni, fifa akan bukak gambaq-gambaq lama sambil gelak besaq sorang-sorang teringatkan cerita-cerita lalu. Ya! Sekarang ni hanya lappy ini peneman dikala adik kecik seronok tidoq dibuai mimpi. Lappy ini jugak telah memberi jasa yang amat besaq kat fifa di mana telah menyimpan dua tiga klip video semasa bergelar pelajar semester 3. 

     Ok..cerita fifa sebenaqnya nak bagi korang semua layan lagu yang fifa dengan ahli kumpulan subjek SOFT SKILL nyanyi. Kami gubah lirik lagu. Siap ada tukang rap lagi. Maw dak nya, tukang rap tu fifa dengan kawan kesayangan fifa,mizah. Gila babas! Dah. Malas nak melalut panjang. Nanti, fifa akan menambah luahan ketidak puasan lagi di sini. Nah..layan.

 Lagu asal : Kalau berpacaran

Digubah oleh : Intan Syuk, Nana, Dilla, Yati, Ain, Raihan, Dalila, Erna dan tukang rap fifa dengan mizah.



No comments: