Tuesday, July 3, 2012

Poli ...

Hai...dan Assalamualaikum.

Huihuihui...hari ni fifa nak cerita pasal poli fifa. Bukan pasal poli..tapi ..entah..
Hahaha...Layan je la.. Nak merepek ni.

Hari ni bersamaan 3 JULAI 2012, fifa dikehendaki daftar tamat Latihan Industri ( LI ) kat poli hari ni. 
Nasib baik laporan penuh dah siap. Tak sia-sia tungkus lumus wat report. Inilah yang dinamakan berjuang di medan ILMU.. Tungkus lumus la sangat.. Tungkus lumus menyalin dari Incik Google.  Ok..adik-adik sekalian, jangan sekali melakukan perangai sedemikian. Tapi kalau terdesak..bantai je la.. 

Huish..mak bapak...wah.wah.. ramai ngat aih bebudak gugurl pakai tudung bawal 2 ton. Eh...tudung pulak..  Layan je.. Agak-agak la kan, kalau fifa jual tudung bawal lagu tu korang nak beli tak? 

Ok...dah, hari ni fifa jumpa ramai kawan-kawan fifa. Huwaa..='(  "Semua sudah kurus. Awat aq tak kurus??" Sedih ni. Hurm..abaikan, kurus tak kurus, janji dapat jumpa kawan-kawan yang dirindui.. Memang rindu gila-gila kat korang. 

Hari ni jugak, dalam 1.30 camtu, fifa dan beberapa orang member mensuprise kan si Yatt sempena besday beliau pada hari ni. Seronok.. Makan kek yang sedap. Semoga si Yatt dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapat mencapai impiannya. 'Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kawan.'

Ok..thanks kat korang-korang yang sudi membaca entry fifa yang ntah hape-hape ni. Bubye!!

No comments: