Saturday, December 31, 2011

Kerja Luar... Like It !!

     Hai korang... dah lama fifa tak update blog kan? Padahal baru dua minggu je pun. Over kan fifa ni. Haha..
Whatever..! Ni fifa punya blog, suka hati la. =) Okeyh.. korang semua pernah ke kerja luar? Tak kan? Beria je fifa jawab. Berbalik pada my title... Taraa.. Hari Khamis dan Jumaat lepas, fifa kena kerja luar. Tahu kerja apa? Dah nama pun praktikal kat firma audit, jadi fifa kena la buat kerja yang berkaitan dengan audit. Penat fifa tanya akak staf nama kerja yang kitorang buat tuh. First, stock take. Second, cash count. Ingat tau!! Tujuan stock take dan cash count dibuat adalah untuk mengira stok dan jumlah amaun yang ada pada akhir tempoh perakaunan sebelum akaun ditutup. Wah, wah, wah... Dengan yakin je fifa cter kat korang. Pn Masitah..saya dah present dalam blog ni. Dah boleh balik poli kan? Dah boleh belajar sem 5 kan? Hehe..

     Ish..ish.. Tak sabar betul fifa ni. Baru dapat ilmu ciput tu dah sibuk nak angkat kaki dari jadi pelajar praktikal. Best la jadi pelajar praktikal. Siapa cakap tak best? Rugilah siapa yang ambil course tak kena pergi praktikal. Lagipun semua ni adalah pengalaman. Mana lagi kita nak cekau pengalaman kalau bukan dengan Latihan Industri yang diwajibkan oleh Politeknik Malaysia ni. Oh! Berbangganya saya menjadi pelajar Politeknik. Lagipun, kalau ada rezeki, siap dapat elaun lagi. Yang pergi praktikal kat kerajaan pun.. InsyaAllah boleh dapat bonus. Bergantung pada rezeki dan nasib masing-masing. Yang lagi bertuah, mana tahu nanti diorang panggil kita kerja dengan diorang. Tak payah nak susahkan diri cari kerja dah. Tapi, kerja kenalah ikhlas dan cari sebanyak mana pengalaman dan ilmu yang ada.

     Eh....dah tersasar jauh dari cerita asal ni. Tapi tak salah kan berkongsi pendapat. Hurm..masa fifa pergi wat stock take dengan akak2 staf, punyalah fifa fikir, "menatang palah depa nak suruh aku buat ni".. ni pemikiran dalam bahasa Penang. Rupa-rupanya stok take tu, kita kena kira semua barang yang ada berdasarkan jenama,jenis dan harga kos barang tu. Oh..baru tahu.. Huhu.. Penat rupanya kira mengira ni. Tiba-tiba rasa kira matematik lagi senang. Tekan kalkulator dah dapat jawapan. Yang ni kena kira satu-satu. Bayangkan lah kalau ada bepuluh-puluh. Apatah lagi yang beratus-ratus. Tapi, tak semua yang dikira satu persatu, ada juga yang dikira dozen. Itupun disebabkan stok baru yang baru sampai dan belum dibuka.

     Cash count pulak? Dah nama pun cash count mestilah kena kira tunai. Tapi bukan kira tunai je, kena kira amaun yang ada pada cek yang diterima oleh pelanggan. Macam best je kan? Memang best pun. Kira duit..siapa yang tak suka. Pada hari nak kira mengira duit ni, fifa balik malam. Dalam pukul 10 macam tu. Walaupun lewat, fifa suka. Semua tu pengalaman. Pengalaman tak boleh dibeli. Okeyh.. nak kira duit ni, biukan setakat kira je. Kena kira berdasarkan nilai amaun wang kertas, RM1, RM5, RM10, RM50, RM100, RM0.50, RM0.20, RM0.10 & RM0.05. Nah amik kau! Semua amaun fifa kasi. Kena kira berapa keping yang ada dan jumlahkan. Then, kena bandingkan dengan penyata yang dikeluarkan oleh pelanggan. Kalau sama, ok la. Kalau tak sama, hambik kau! Kira la sampai sama.

     Konklusinya, kerja luar ni best. Ok la. Babai.

No comments: