Wednesday, November 9, 2011


     Tanggal 18 Jun 1992, di Hospital Taiping, Perak.... Lahirlah seorang bayi perempuan yang comey dan diberi nama Nur Afifa (cahaya kejurujuran/ cahaya yang benar)... Okey! Now...comey ke tak sebenarnya ni?? Haha.. Tak penting pun. Janji admin rasa dia comey! Nak taw kenapa admin cakap dia comel?  Because SHE is ME!! So, kalau korang rasa admin tak comey, admin tetap nak cakap admin ni comel... Haha.. (teserlah keperasanan dalam diri..=) )

     Now, Nur Afifa sekarang dah besar...Bahasa Indonnya, udah gedek bangat..!! Hari ni 9 Nov 2011, bermakna admin da berusia 19 tahun 4 bulan dan 11 hari. Haish..dah la besar, TUA pulak. Hurm, nak wat camner.. semakin lama menghirup nafas, semakin berusia umur kita ni kan. Setiap detik ia bertambah.

     Huh..rasa cam ta best je panggil diri ni admin! Nak tukar la. Kawan-kawan admin panggil admin fifa. Yang rapat2 panggil pipa. Gelaran dalam family pun pipa or kakpa. So, korang kenal admin sebagai fifa la ea. Bunyik pun sedap ckit. 

     Korang nak tahu pe sal fifa?? Ok, biar fifa cter eyh. Fifa ni anak yang ke-2 dari 6 orang adik beradik. Admin suka sangat dengan something yang berwarna hijau, biru laut and yg terkini warna purple. Rasa warna-warna ni semua menenangkan. Betul tak? 

     Lagi....Hurm, fifa ni sukakan aktiviti lasak. Kalau korang nak ajak fifa join korang wat aktiviti lasak.. Pastikan ia berada di bawah naungan kelab eyh. Persendirian tak dilayan. Sebabnya, kalau di bawah persendirian, my lovely ayah and ibu tak akan kasi fifa join. Kan susah tu.

     Fifa ni da kerja ke still budak-budak sekolah lagi? Haha...dedua bukan. Fifa seorang pelajar IPTA kat utara. Fifa belajar di Politeknik Seberang Perai.  Singkatannya PSP.. Bak kata lecterur fifa kat sini Politeknik Semua PEREMPUAN. haha.. LIKE sangat dengan statement tu. =) Kat PSP, fifa pelajar Diploma Akauntasi. Actually, fifa nak jadi doktor. Nak sambung kat swasta. Nanti, confirm ayah tak kasi. Masa Form4, 5 gedik ambil akaun. So, dah dapat akaun, go on je la. Apepun, redha. Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. Hambanya yang perlu berusaha untuk mencari rahsia ketentuanNya itu.

     Okeyh...jari-jari ni pun dah terasa malas nak menaip, so fifa nak minta diri dulu. Nanti, fifa cter lagi. Hope, fifa akan membesar dengan persekitaran yang baik, kawan-kawan yang baik, family yang tersayang dan yang penting membesar debgan kurus... Eyh..salah! Membesar dan menghirup udara yang dikurniakan Allah bersama keredhaanNya. InsyaAllah!!

No comments: